Selasa, 22 September 2009

SIFAT KETIGA

sifat ketiga : baqo'

takrif : baqo' ialah suatu ibarat daripada penafian tiada akhir bagi kewujudan allah s.w.t serta sifat-sifatnya bahkan dialah yang awal tanpa permulaan dan dialah yang akhir tanpa penamatnya .


huraiannya : baqo' juga merupakan salah satu sifat salbiyyah . maksud daripada sifat baqo' ini ialah kita menafikan adanya kesudahan ataupun tempoh penghujung bagi zat allah s.w.t dan juga sifat-sifatnya .

hukumnya : sebagai manusia yang mukallaf wajib syara' kita imani dan meyakini bahawa zat allah s.w.t dan segala sifatnya adalah kekal abadi , allah tidak mati , zatnya tidak hancur binasa , sifat-sifatnya tidak berubah-ubah
. sebagaimana ianya sedia kala begitulah juga ianya mesti sentiasa kekal abadi kerana tidak dinamakan sedia kala sekiranya ianya tidak kekal abadi .

dalil aqli : dalil aqli bagi sifat baqo' adalah sama dengan dalil sifat qidam . seandainya zat allah s.w.t dan sifatnya tidak kekal , boleh hilang dan mati bermakna zat allah s.w.t dan sifatnya bukanlah qodim(sedia kala) kerana setiap perkara yang boleh hilang ataupun mati pasti sudah ianya suatu perkara yang baru , maka setiap yang baru pasti ada yang menciptakannya.ekoran itu akan terhasillah dua perkara yang telah saya sebutkan dahulu iaitu daur dan tasalsul .

namun disana ulama' telah membahagikan kewujudan ini kepada tiga :

1-sesuatu yang tiada awal dan tiada akhir iaitu zat allah serta sifat-sifatnya .

2-sesuatu yang ada awal dan ada akhir iaitu iaitu dunia dan segala isinya .

3-sesuatu yang ada awal tapi tiada akhirnya seperti jasad para nabi-nabi dan syuhada' , bidadari , syurga , neraka ,arasy , tulang sulbi manusia , ruh , luh mahfuz dan juga qolam .semua perkara ini kekal adalah mengikut kehendak daripada allah s.w.t bukannya kerana sifat semula jadinya .wallahua'lam .
 

©2009 .::usuluddin::. | Template Blue by TNB