Khamis, 24 Disember 2009

SIFAT KEEMPAT

SIFAT KEEMPAT : MUKHOLAFATUHU LIL HAWADIS

maksud : bersalahan(tidak menyamai) allah s.w.t dengan makhluk baik disegi zat , sifat dan juga af'al(perbuatan) .

KETERANGAN

allah adalah zat yang qadim dialah pencipta segala-galanya di alam semesta ini . maka wajib syar'ei keatas setiap mukallaf untuk mensucikan zat allah daripada segala kekurangan . termasuk dalam kekurangan ialah persamaan allah dengan makhluknya .maka wajib kita mukallaf mentanzihkan(mensucikan) zat allah , sifat dan juga perbuatannya daripada sifat-sifat makhluk .jika makhluk berjisim maka allah tidak , jika makhluk bertempat maka allah tidak , jika manusia dimakan oleh masa maka allah tidak,dan apa sahaja yang membawa kepada persamaan allah dengan makhluk mestilah kita nafikan dan sucikan allah daripada semua itu .

DALIL NAQLI

1-surah syura ayat 11 yang bermaksud : tiada sesuatu yang misil(menyamai) dengan allah, dan dialah yang maha mendengar lagi maha melihat .

2-hadis yang diriwayat daripada ubai bin ka'ab : bahawa orang musyrikin bertanya kepada rasulullah s.a.w , sifatkan kepada kami bagaimanakah tuhan engkau? maka allah menurunkan surah al-ikhlas , yang bermaksud : katakanlah dialah allah yang esa . dialah allah tempat bertumpu seluruh makhluk . dan tidaklah ia beranak dan diperanakkan . dan tiada baginya sesuatu yang menyamainya .

DALIL AQLI

makhluk ialah sesuatu yang wujud kemudian daripada tiadanya baik samada ia jirim mahupun 'arad(sifat) . tiada satu pun makhluk yang tidak berjisim dan 'arad .maka sudah pasti allah s.w.t menyalahi sama sekali dengan makhluk . kenapa? jawapannya seandainya allah s.w.t menyamai salah satu sifat-sifat yang ada pada makhluk sudah pasti allah juga sebahagian dari makhluk , dengan makna allah wujud kemudian dari tiadanya . maka ini akan membawa kepada ternafinya sifat qidam dan baqo' allah s.w.t , ini adalah mustahil kerana ia akan membawa kepada tiada alam ini sedangkan alam ini sudahpun dilihat dengan musyahadah(pandangan mata) kita . maka mustahillah allah menyamai makhluknya walupun pada satu sudut .

ANTARA SIFAT-SIFAT MAKHLUK

antara sifat-sifat makhluk ialah : wujud selepas 'adam(tiada) , tiada , sifat-sifat('arad) , ada masa , ada tempat , ada sudut dan ada ukuran .

suka saya membawa nazam ini :
الممكنات المتقابلات وجودنا والعدم الصفات
أزمنة أمكنة جهات كذا المقادير روى الثقات
maksud : sifat-sifat yang saling bertukar ialah wujud ,tiada , dan sifat-sifat

masa , tempat dan juga jihat(sudut) . begitu juga kadar ukuran , inilah yang diriwayat oleh ulama' yang thiqah.


wallahua'lam...
 

©2009 .::usuluddin::. | Template Blue by TNB